Produk
Khamis, 20 Januari 2011
Ni'al Mustofa @ Capal Nabi
Capal atau ni`al Nabi s.a.w. menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa di atas jalan dan di bawah jejak kaki Junjungan s.a.w. agar tidak tersimpang perjalanan dalam menuju keredhaan Allah. Kemuliaan baginda tiada tara, sehingga baginda bertemu Rabbul 'Izzah, capal baginda masih berada di tapak kaki. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh capal Junjungan s.a.w.
Ahad, 16 Januari 2011
Keychain Khatamun Nubuwwah
Allahu wahdahu la syarikalah
Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
Muhammadun abduhu wa rosuluh
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.
Tawajjahu haisu syi'ta
(Wahai Muhammad) Hadapkanlah ke arah mana yang engkau mahu.
Fa innaka mansur
Maka engkau akan beroleh bantuan dan kemenangan.
Semoga kita semua sentiasa ingat kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w. , insyaAllah..
Selasa, 28 Disember 2010
Minyak Pengasih Mahabbah Cahaya Hijau
Fadhilat Pengasih, InsyaAllah.
Dibuat dari minyak zaitun dan pati wangian (non-alcohol) terpilih dan diruqyah dengan untaian doa bersanad ulama-ulama silam mengikut hari-hari dan bilangan tertentu serta ditapakan selama 40 hari 40 malam. Halal lagi suci, bersih dari unsur-unsur syirik.
8 ml.
Mahar RM90.00
Asbab dalam urusan:
a. Pengasih umum (sesiapa pun memandang dengan perasaan mesra).
b. Berjumpa orang-orang kenamaan, majikan mahupun bakal majikan (temuduga).
c. Merapatkan hubungan kekeluargaan (suami isteri dan anak-anak).
d. Jual-beli (jurujual).
e. Serius mencari jodoh.
d. Apa-apa yang melibatkan urusan sesama manusia, bi izniLLAH.
Anda akan diberikan sekeping ijazah bermohor dari saya berserta cara penggunaan, penjagaan dan fadhilat terperinci.
Pos adalah tanggungan saya.
InsyaAllah..
Langgan:
Catatan (Atom)